Pecah tembelang.. peta dah hilang.. bangau dah pulang.. suara sumbang

Tadi bertikam lidah ngan seorang blue wave yang jarang nampak.. kenkadang ada.. kenadang tiada… Kejadian berlaku di Jusco Taman Universiti  dengan seseorang yang boleh digelar “orang tiada fikiran manusia” Azhar nama dia..memang kerja dia kacau orang senang.. aku tengah makan.. dia kacau.. aku menyirap betul la.. aku menikmati nikmat makan.. dia gi sound aku..

Teringat pula lagu Malique(TooPhat) Feat MNasir

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

dah berapa kali saya bilang.. jangan makan disini” katanya kepadaku
sori bang.. jap saya habiskan dulu” balasku baik-baik
awak tak baca agreement ke?” katanya
awak tak boleh makan kat sini” sambung si Azhar lagi
saya tak tahu pasal agreement.. saya tak pernah baca!!” balasku(sebab aku pelanggan)
takkan makan pun tak boleh.. salah ke saya makan..” balasku lagi
(kalo aku makan pun salah..)

provokasi aku berjaya mengundang kemarahan dia yang nampak seperti seorang yang gilakan kuasa.. dan akan salah gunakan kuasa dia bila-bila masa dia perlu
awak buat ape kat sini.. awak mana boleh duduk sini” katanya(wah.. sesedap aje cakap macam tu)
aku rilek.. tarik nafas dan makan nasi lemak… kais kais sikit nasi…
provokasi sedang dilancarkan…
saya suruh awak keluar.. awak tak kerja disini” katanya menyirap..
(aku pelanggan la.. ko nak halau pelanggan ke? otak ada.. tak berfikir betul la ini olang)
rilek la bang.. bagi la saya habiskan makanan ni” balas ku setenang mungkin
saya nak halau awak ni” ugutnya
makan pun kena halau.. susah la ada orang PHD(Perasaan Hasad Dengki).. gila.. asal aku senang nak makan aje dia datang kacau… bukan selalu dia ada.. masa dia ada.. memang aku lah dia selalu sound.. macam tak ada kerja.. menda remeh.. menda tak salah.. makan.. makan bukan mencuri….
halau lah” balas aku

Okeh.. saya halau…say boleh tak bagi awak datang ke jusco lagi ” bukak walkie talkie die.. kononnya aku takut..
(wah.. kuatnya kuasa dia.. siap boleh halau orang yang dia suka.. ni tempat beli belah ke rumah dia ni?yeah.. salah guna kuasa… sukanya aku bermain perang mental macam ni.. )

ok.. bang.. bagi aku makan last… pasni aku letak kat arena tu” balasku.. ceh…
saya dah lama kerja tau.. saya paling senior.. blue wave lain saya yang ajar” balasnya seakan-akan seorang askar
tapi ajaran kau itu tak diikuti.. sebab diorang ada akal dan fikiran.. robot aje yang akan ikut.. biasalah.. dah ada kuasa katakan.. ingat dia ni diagungi agaknya.

susah kalau orang sombong,angkuh macam ni.. ada orang 3 calit juga..lagi gaji besar dari kau, lagi tinggi pangkat dari si Azhar.. rilek aje.. semua hormat..ceh.. Azhar.. aku hilang respek ngan ko.. tambah nama aku dalam list musuh kau..

ingatkan aku sorang aje yang tak suka.. ramai lagi rupanya orang tak suka ko siAzhar.. ko ni cari musuh.. kan dah bertambah musuh ko… harap ko sedar yang nikmat tu boleh ditarik bila-bila.. Halau orang konon.. tak bagi orang masuk jusco konon.. ceh… takutnya aku… uuuuuuu ceh ptuihhh… baru blue wave 3 calit dah macam raja segala raja..  terjunlah kau kedalam kegelapan kegilaan kuasa.. capailah pangkat tertinggi dengan apa jua cara.. semoga dapat jadi manager jusco.. tak pun jadi raja segala blue wave di dunia ini.. ptuihhh sombong.. apa? nak halau aku dari wordpress? blogspot? ko kena jadi manager wordpress.. tak pun jadi google tu ko punya.. oo.. ada kuasa jugalah nak halau aku dari wordpress.. uuuuu takutnya.. ptuihhhh..

dia tu memang.. dari permas jaya.. tuka ke sini.. ramai tak suka ngan perangai dia.. kuat kipas orang atas.. manager jusco taman universiti pun orang permas jaya.. lagi la sedap dia.. ” balas seorang blue wave yang datang melihat keadaan tegang yang aku cetuskan pagi tadi.. yeah.. wahai pihak pengurusan jusco.. sila bagi si Azhar ni 15 calit… peh.. sombong amat anak buah kamu ini.. aku tengah bayangkan dia sombong 5 kali ganda dari calit yang dia ada sekarang..

kamu.. kamu tak boleh letak kaki di jubin ini.. ” katanya lagi jikalau dia 15 calit..
pergi mampus sama kau” balasku
saya halau awak ni” katanya
suka hati la” balasku
ok.. saya halau awak.. tak bagi awak masuk jusco ataupun johor atau pun malaysia ataupun asia tenggara.. ataupun asia atau pun bumi” katanya
malas nak layan.. pergilah engkau Si Azhar sombong angkuh Gila” balasku

Advertisements

~ by betikbusuk on December 25, 2008.

2 Responses to “Pecah tembelang.. peta dah hilang.. bangau dah pulang.. suara sumbang”

  1. usah di layan. dia takde life tu. hanya mengejar kuasa sahaja. lifenye di tinggal tinggalkan begitu sahaja. tunggu lah bila dia sudah tua. sudah sakit, siapa sahaja yang akan datang melawat dia.

    • dia datang dengan 3 calitnya.. dia datang dengan muka ketatnya.. dia datang.. aku peduli apa.. hahahaha malas aku nak layan orang macamtu.. sapa buat baik.. aku balas baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: