Kisah Hospital kerajaan minta kami ke hospital swasta

kamu tahu nasal swab harga berapa? RM 800.. inilah kisahnya.. damn.. kapitalis berleluasa…

SAYA amat menyesali sikap kerajaan yang mengambil sikap sambil lewa dalam menangani masalah pandemik H1N1 di Malaysia sekarang ini.

Kalau Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan hanya sibuk mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bilangan kes dan bilangan kematian di Malaysia, rasa saya kerani bawahan pun boleh buat kerja itu.

Hari ini, saya dan isteri saya yang baru balik dari Sarawak pada hari Ahad yang lalu telah mengalami demam panas yang teruk sekali.

Hari ini kami telah pergi ke Hospital Sungai Buluh untuk cuba melakukan ujian terhadap kesihatan kami kerana terasa demam kami kali ini adalah teruk dari biasa.

Malangnya apabila kami ke hospital berkenaan, kami telah dimaklumkan bahawa Hospital Sungai Buluh tidak menerima dan merawat pesakit luar apatah lagi menjalankan ujian saringan untuk H1N1.

Kami telah disuruh untuk ke Poliklinik Kesihatan Kampung Melayu dekat hospital berkenaan, tetapi setelah ke sana kami telah dimaklumkan oleh salah seorang jururawat dan notis di pintu pendaftaran bahawa klinik tersebut juga tidak melakukan ujian saringan untuk kes-kes influenza.

Kami diberitahu untuk ke mana-mana hospital atau klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Maka kami pun terus ke Damansara Specialist Centre untuk mendapatkan rawatan. Tetapi pada mulanya kami diberitahu hanya hospital kerajaan sahaja yang merawat kes-kes seperti kami.

Hanya setelah kami maklumkan pihak Hospital Sungai Buluh menyuruh kami ke hospital swasta, maka ujian darah dan nasal swab dilakukan ke atas kami berdua.

Ujian terhadap diri saya didapati negatif. Walau bagaimana pun, ujian ke atas isteri saya menunjukkan beliau mengidap sejenis strain influenza positif influenza A dan telah dinasihati untuk ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut.

Kami difahamkan, pihak kerajaan TIDAK MAHU melakukan ujian saringan ke atas pesakit yang mengesyaki mereka menghidap selesema kerana kos untuk ujian berkenaan adalah lebih kurang RM800.

Apakah itu nilai nyawa seorang rakyat yang diletakkan oleh pihak Kementerian Kesihatan?

Kalau saringan untuk 24 juta rakyat dilakukan pun, ia akan menelan belanja sebanyak RM1.92 bilion. Apakah itu terlalu tinggi untuk menjaga nyawa rakyat sendiri?

Rasa saya dengan ‘menghalau’ pesakit ke hospital swasta, kemungkinan Kementerian Kesihatan ingin menjimatkan duit kerajaan.

Persoalannya, apakah akan terjadi kepada pesakit yang tidak berkemampuan atau sudah terlewat mendapatkan rawatan kerana tidak mampu atau tidak diambil peduli apabila ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Semasa kami hendak ke Sarawak dan kembali dari Sarawak tempoh hari melalui LCCT, tiada apa-apa pun usaha dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam memeriksa penumpang yang pergi dan balik melalui penerbangan di sana.

Fikirkanlah, kerana kelemahan-kelemahan inilah angka kematian di Malaysia kerana influenza H1N1 ini telah naik dengan mendadak sejak kebelakangan ini.

RAJA MUNIR SHAH

Selangor

Petikan dari ruangan Forum Utusan Malaysia

salah satu jawapan best di forum ehoza
.Wahai orang2 kampung korang tau tak duit kerajaan tu duit sapa?Duit anda semua termasuk duit aku jugak tiap2 bulan bayar PCB oii

Advertisements

~ by betikbusuk on August 12, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: