Renminbi ganti dolar AS?

damn… ni yang aku nak jual usd aku pasni.. kelebihan nya kalo usd jatuh.. aku main game sedap sikit :D.. pasni aku nak jual usd dalam akaun forex aku.. ntah ada berapa ntah..

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Adakah mata wang China, Renminbi akan menjadi mata wang dunia menggantikan dolar AS tidak lama lagi?

Itulah persoalan yang bermain ketika ini berikutan China muncul antara kuasa ekonomi baru dan meninggalkan Amerika Syarikat yang masih bergelut untuk memulihkan ekonomi sendiri.

Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup Inc., Charles Prince berkata, adalah tidak mustahil untuk mata wang China itu menjadi mata wang global jika negara tersebut meneruskan penguasaannya dalam ekonomi dunia.

“Saya yakin Renminbi boleh mengganti dolar AS jika ekonomi negara itu meneruskan penguasaannya dan nilai dolar menjadi lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi speaker pada Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.

Menurut Prince, China telah belajar dari krisis kewangan Asia 10 tahun lalu dan kebangkitannya ketika itu amat menakjubkan.

Malah katanya, China bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan pulih dari krisis ekonomi global berikutan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut amat memberangsangkan.

Selain itu, beberapa dana asing dilihat sudah mula memasuki China bagi tujuan pelaburan selepas negara itu mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada awal tahun ini.

“Jangkaan ekonomi China berkembang sebanyak 6.5 peratus dan kami yakin dengan sasaran itu berikutan beberapa kajian dan penyelidikan telah dibuat di samping keupayaan pasaran saham negara itu yang semakin baik,” katanya.

Prince menambah, beberapa sektor pelaburan berasaskan kediaman, ekologi, luar bandar dan infrastruktur, penjagaan kesihatan, kereta api dan jalan serta inovasi dilihat sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Advertisements

~ by betikbusuk on August 12, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: