Peneroka protes dakwa Felda tidak tunai janji

beb terus terang aku cakap.. raja alias 4 ni dekat aje ngan rumah aku.. naik moto.. lintas padang bola..belok kiri naik bukit.. bagi pendapat aku.. sapa yang ada sawit dah masyuk dah… getah tu hiasan aje.. nampak gaya mereka dah berani protes… revolusi pemikiran nih.. ramai dah ada streamyx kot.. sapa la tak hangin.. tebang pokok pastu tak bayo.. kalau hari ni tanam.. esok tumbuh tinggi berisi tak pa.. ni makan tahun.. makan tahun beb.. kurang-kurang boleh upah orang indonesia menoreh..

RAJA ALIAS 4 – Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Peneroka yang juga merupakan jurucakap perhimpunan itu, Abd Rahman Ramli berkata, kehadiran kira-kira 300 peneroka di Pejabat Felda Raja Alias 4 bukanlah untuk menunjukkan sikap kurang ajar tetapi hanya menuntut hak sewajarnya yang dijanjikan kepada mereka.

Menurutnya, penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan. “Kami sebenarnya ingin menuntut hak yang sepatutnya dapat kerana setiap hasil jualan kayu getah itu adalah daripada tanah-tanah kami. “Kami mendapat tahu bahawa pihak kontraktor sudah membuat pembayaran atas semua hasil penebangan kayu getah kepada Felda Raja Alias 4 pada September lalu,” katanya. Rahman berkata, kekecewaan peneroka kerana mereka diperlakukan seperti menagih sesuatu yang tiada penghujungnya daripada Felda. “Ini kerana Felda berjanji akan membayar pada satu-satu masa yang ditetapkan tetapi apabila tiba pada hari pembayaran,a peneroka masih tidak merasai sebarang pembayaran. “Sepatutnya pembayaran sudah boleh dilakukan pada masa ini kerana kami semua dijanjikan akan menerima pembayaran sebelum hari raya lepas tetapi sehingga ke hari ini, masih belum menerima,” katanya.

Katanya. peneroka yang menerima hanyalah segelintir, itu pun pembayarannya tidak penuh dan berasa musykil ke mana perginya sejumlah wang sebanyak lebih kurang RM4.8 juta untuk diagihkan mengikut ekar tanah penebangan masing-masing tetapi masih tidak diterima hingga ke hari ini. “Terdapat seperkara lagi yang membuatkan peneroka ini berasa tidak puas hati terhadap cara pengurusan Felda Raja Alias 4 apabila mereka mendapat tahu Felda akan membuat kira-kira empat jenis potongan yang tidak termaktub dalam syarat pemotongan slip. “Pada mulanya kami percaya kepada pihak pengurusan Felda ini yang mengatakan akan membayar kepada kami sebelum hari raya tetapi sekarang sudah menjelang Deepavali tetapi kami masih belum menerima sebarang wang pembayaran,” katanya.

Advertisements

~ by betikbusuk on October 15, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: