Kamu pernah baca tentang seribu malaikat?

masa aku melepak.. tiba-tiba aku leka berbual dengan seseorang.. mungkin umurnya 2 kali ganda daripadaku..
“Tahu tak ada satu surah.. tentang 1000 malaikat..” tanya orang tua itu
“surah apa tu?” tanya aku..
“surah al-anfal.. surah ke 8 ayat ke 9.. surah tu cerita tentang perang badar..” sambung orang tua itu..
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلآئِكَةِ مُرْدِفِينَ

9 . (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan bagimu (firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

12 .(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka”

“amalkan selalu ayat itu.. insyaAllah..” sambungnya lagi.. aku terkejut.. dia baca bahasa arab ngan terjemahannya sekali.. dan surah serta ayat ke berapa aku perlu cari.. ” lagi satu.. ko kena cari hati al-Quran .. aku bagi tips.. ayat dia ada di tengah-tengah.. ko dapat.. ko bagi kat aku.. kalau betul.. aku ajarkan yang lain..” balas orang tua itu.. “kalau kau jumpa.. kau memang …” sambil mengangkat ibu jari..

aku berfikir.. alangkah bertuahnya aku .. aku ada tugasan baru.. mencari hati-alquran.. aku tak tahu .. mungkin orang-orang LAMA tahu rasanya.. aku mencari jalan yang ditunjukkan oleh Surah Al-Fatihah.. doakan aku berjumpa dengan hati al-Quran

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Advertisements

~ by betikbusuk on October 24, 2009.

3 Responses to “Kamu pernah baca tentang seribu malaikat?”

  1. aku rasa hati al-quran surah yasin

  2. aku dapat tahu.. hati al-quran itu tentang al-qalb.. kat ayat 57, surah al kahfi..

  3. tertarik dengan ayat tu…bagaus lah betul gak kan…eta setuju…kekadang kan manusia ni mudah lalai…tapi kekadang bila manusia ni susah baru lah kembali ke pangkal jalan…cam tulah dunia sekarang ni…thanks ilmu tu akan ku ingat pai bebila…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: